Haruskah aku berhenti berjuang?

Kadang aku tertanya2 apa yang sedang ada di benakmu,
Apa yang kau fikiran sebelum kau melelapkan matamu. 
Kau terlalu ego untuk meluahkan isi hatimu , 
Kamu terlalu beremosi dalam meluahkan isi hatimu, 
Kenapa susah sangat untuk aku mengertikan mu? 

Kamu terlalu memikirkan hal hal yang negative sehinggakan kamu tidak percaya diri. Apa masa lalu mu sungguh kelam sampai kau tidak mampu move on dari itu? 
Apa kau punya masa lalu yang sangat sakit untuk di ingat dan sangat susah untuk di lupakan? 
Ada apa dengan masa lalu mu? 

Sini datang kepada ku cerita kan segalanya. Sesungguhnya telingaku mampu mendengar 20000 perkataan dalam lima minit untuk kau luahkan segalanya. Hati ku lapang untuk menerimanya. 

Aku kadang juga bingung apa hubungan ini aku harus perjuangkan? 

Kenapa perlu aku sahaja sendiri yang perjuangkan. Kenapa kau selalu saja tidak peduli tentangku.

Andai saja aku boleh jadi pembaca hati dan  fikiran seseorang, pasti aku tidak sesulit ini. 

Kamu kenapa diam? 
Aku tidak perlukan layanan dingin mu. 
Aku hanya perlukan jawapan darimu. 
Aku mau kamu tahu yang aku sayang denganmu. 
Tapi aku siapa untuk mengungkapkan rasa itu kepadamu? 
Aku bukan siapa-siapa kali. Malahan bukan orang terpentingmu. 

Aku yang bodoh kerana mencintaimu, 
Aku yang salah kerana menyayangi orang seperti kamu. 
Aku yang terlalu ego dengan perasaanku. 

Kamu baik, 
Aku sebaliknya. 
Kamu sempurna, 
Aku sebaliknya bukan sempurna untukmu. 
Kamu terlalu sempurna jika dibandingkan denganku. 

Tapi kamu selalu terlihat tidak kisah tentangku. Apa harus aku pergi? 

Mohon beri aku sedikit peluang untuk mengetahui segalanya. 

Aku di sini diam memendam rasa. Berharap rasa ini kau juga merasakan. 

Sakit. 
Mau nangis... 

Sakit bila di biarkan begini. 

Harus kah aku berundur dan mengalah? 

Friday, 12 June 
12:46 am 

Comments

Popular posts from this blog

Tell myself I'm okay

Aku Lelah

Curious