Tell my self that I'm okay ✨


Diorang cakap aku move on dengan cepat. Diorang cakap aku penting kan diri. Diorang cakap aku happy selalu, tiada masalah.

Kamu nda tau apa dalam hati ku. Tipu lah kalau aku cakap aku nda menangis dan sakit hati. Tapi aku cuba bawa diri ku ke mana yang nda buat aku menangis. Sakit bha, sakit...

Aku sibuk kan diri ku dengan aktiviti aktiviti yang buat aku nda ingat benda tu contoh buat business. Alhamdulillah aku lupa sebentar.

Tapi bila malam kalau tengah sendiri. Aku tiba2 teringat aku jadi sakit hati, aku menangis. Kenapa dia buat aku begini? Apa salah ku? Tiap perkataan apa yang dia cakap still terngiang-ngiang di kepala ku. Jahat sangat aku?

Dia kata aku menyakitkan hati, tak buat dia senang. Tak happy kan dia. Maaf aku bukan yang sempurna.

Aku lepaskan sebab aku tak nak dia sakit hati dan aku pun tak nak aku sakit hati. Lepas kan merupakan perkara yang sakit tapi untuk kebahagiaan masing2 so, melepaskan adalah salah satu cara untuk membina kebahagiaannya. Kalau melepaskan boleh buat kau happy okay. Aku ikut kemahuanmu.

Aku sanggup tanggung maluku dengan keluarga ku, aku sanggup hadap apa orang cakap dengan ku. Aku... Penat

Dah nak dekat sebulan lebih, aku cuba happy kan diriku, kuatkan semangat ku.. Tapi harini aku penat. Penat berpura pura lupa, penat berpura-pura kuat, penat berpura-pura macam tiada apa berlaku padahal sebenarnya dalam hati ku menangis dan ingin meraung.

Dan aku tak nak lah di kata perempuan yang over drama. Aku tak nak lah orang cakap aku meroyan. Aku diam selagi aku boleh diam. Aku senyum selagi aku boleh senyum, aku ketawa selagi aku boleh ketawa. Aku tunjuk kan semuanya okay selagi boleh, padahal sebenarnya aku tak okay.

Dia datang dalam hidup ku tiba2, dia bagi aku harapan, dia bagi aku kebahagiaan dan pada akhirnya dia bagi aku luka dan sakit. Doa semoga Allah dengar doaku.

Kenyataan itu, tidak seindah harapan.
Ya Rabb, Jika aku diberi pilihan untuk bertemu dia atau tidak. Aku memilih untuk tidak bertemu. Supaya kebahagiaan sementara itu tidak akan wujud didalam hidup dan pemikiran ku. Sakit. Terlalu sakit, untuk mengingati kenangan dengan orang, yang akhirnya tidak bertemu dan bertegur sapa lagi. Tiada khabar. Tiada cerita. Pengakhirannya, begitu saja. Kalau lah kita tidak pernah berkenalan. Mesti hati aku tidak akan sehancur dan sesakit ini. “Kalau” .

Maaf, jika kehadiran ku, melukai mu. Sama. Kehadiran mu juga. Melukai dan menyakitkan ku 💔

Terima kasih buat aku happy untuk 22 hari 😊✨


SAKIT...

Comments

Popular posts from this blog

Tell myself I'm okay

Aku Lelah

Curious